fb fb fb fb fb

Sambutan Tahun Baharu Cina: PDRM ambil tindakan tegas jika gagal patuh SOP PPN Fasa 4



KUALA LUMPUR, 23 Januari - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meningkatkan rondaan dan operasi-operasi pematuhan di seluruh negara ketika sambutan Tahun Baharu Cina pada 1 Februari ini.

Perkara itu dimaklumkan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Hazani Ghazali dalam satu kenyataan media pada Ahad.

"PDRM menasihatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pelan pemulihan negara (PPN) fasa 4 yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) terutamanya ketika sambutan Tahun Baharu Cina 2022 oleh masyarakat Tionghua," katanya.

Tambah Hazani, pihaknya tidak akan berkompromi bagi mereka yang ingkar peraturan SOP tersebut.

"PDRM akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana individu yang gagal mematuhi sop PPN di bawah akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)," ujarnya lagi.


Media Baharu