fb fb fb fb fb

BN Johor susun strategi raih sokongan pengundi muda berdepan PRU DUN Johor

JOHOR BAHRU, 23 Januari - Pilihan Raya Umum (PRU) DUN Johor bakal menyaksikan pengundi bawah 21 tahun mengundi untuk kali pertama, selepas had umur mengundi dipinda kepada 18 tahun, berkuat kuasa 15 Disember tahun lepas.


Susulan itu, Barisan Nasional (BN) Johor perlu menyusun gerak kerja untuk mendapatkan sokongan pengundi muda.

Pengerusi BN Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata BN sudah menggerakkan jentera parti yang diketuai generasi muda, selain mendapat kerjasama pelbagai pihak dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk mendekati golongan itu.

Johor mempunyai 150,000 pengundi muda berusia 18 hingga 20 tahun setakat ini.

"Kita tidak boleh ambil mudah dan tidak boleh pandang ringan kewujuan pengundi muda di Pilihan Raya Umum DUN Johor. Kita akan susun strategi dan langkah-langkah untuk mendapatkan sokongan daripada pengundi muda," kata Hasni selepas merasmikan Penutup Program Taklimat Pilihan Raya MIC Negeri Johor di sini.

Pendaftaran secara automatik pengundi berusia 18 tahun ke atas sudah diwartakan dan berkuatkuasa 15 Disember lalu, mengikut Seksyen 3 Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019.

Akta itu menyatakan pindaan umur bagi warganegara yang layak mengundi, dari 21 tahun kepada 18 tahun.

 

Media Baharu