(Foto BERNAMA)
PUTRAJAYA, 27 September-Lebih 7,000 orang akan memeriahkan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1445 hijrah yang akan berlangsung esok di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya.
Menurut Ketua Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kamal Norfarid Kamarudin, sambutan bukan sekadar memperingati hari ulang tahun kelahiran Rasulullah SAW, malah menjadi wadah terbaik dalam menyantuni masyarakat meneladani susur kehidupan, perjuangan dan sunnah.
"Tiga acara utama bakal diadakan seawal 7.30 pagi esok, melibatkan acara perarakan disertai 3,700 peserta dari 114 kontinjen seluruh negara.
"Acara kemuncak pula akan bermula pada pukul 10.00 pagi termasuk penyampaian dua anugerah utama iaitu anugerah perdana dan Maulidul Rasul," katanya kepada pemberita di sini.
(Foto BERNAMA)