fb fb fb fb fb

Persiapan sambutan HM2025 berjalan lancar

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil membuat kunjungan hormat pada Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow semasa melakukan lawatan kerja dua hari di negeri ini

GEORGE TOWN, 30 Jun - Persiapan bagi sambutan Hari Malaysia 2025 (HM2025) peringkat kebangsaan berjalan lancar. Sambutan akan berlangsung di Pusat Konvensyen PICCA di sini, pada 16 September ini.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa majlis sedang meneliti serta menyusun atur program dan acara yang bersesuaian.

"Yang membezakan kali ini Jemaah Menteri telah memutuskan supaya Sabah dan Sarawak dan Semanjung secara bergilir-gilir untuk menjadi tuan rumah bagi acara sambutaan HM2025 dalam usaha mengeratkan hubungan antara negeri-negeri dan membantu pupuk ssmangat kekitaan dan rasa cinta pada negara," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Induk Hari Malaysia 2025 di Komtar, di sini.

TETITIA YUSOFF