fb fb fb fb fb

Sambutan Hari Tentera Darat ke-90, simbolik perjuangan Leftenan Adnan Saidi

(Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain)

SUNGAI BESI, 1 Mac- Seramai 58 pegawai tentera darat dan 1,426 anggota lain-lain pangkat menjayakan Istiadat Perbarisan Hari Tentera Darat ke-90 di Kem Perdana Sungai Besi.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain menjelaskan sambutan ke-90 pada tahun ini merupakan simbolik kepada perjuangan pejuang tanah air tersohor, Allahyarham Leftenan Adnan Saidi.

Beliau berkata angka 90 merupakan nombor tentera atau nombor badan milik penjuang tanah air itu yang merupakan pegawai tentera dari Rejimen Askar Melayu Diraja.


(Istiadat Perbarisan dan Hari Tentera Darat ke-90 di Sungai Besi)

"Adalah diharapkan, semangat juangnya yang tinggi serta sifat keperwiraan yang tidak mengenal menyerah walaupun nyawa menjadi taruhan, akan meresapi dan tertanam teguh dalam jiwa setiap warga tentera darat", katanya pada sidang media selepas Istiadat Perbarisan dan Hari Tentera Darat ke-90 di ibu negara.

Jeneral Tan Sri Zamrose berkata pelbagai acara dirangka bersempena sambutan Hari Tentera Darat pada tahun ini.

Ia termasuk penganjuran Hari Terbuka Tentera Darat 2023 yang akan berlangsung pada 11 dan 12 Mac ini bertempat di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson.

Pelbagai pameran dan acara menarik menanti pengunjung termasuklah persembahan pancaragam, kawad senyap dan tarian perang.

Media Baharu