fb fb fb fb fb

Sambutan Hari Radio Sedunia PERLISfm meriah

 

 



KANGAR, 13 Februari- Perlisfm tidak ketinggalan menganjurkan Sambutan Hari Radio Sedunia yang bertemakan 'Radio dan Keyakinan' dengan pelbagai aktiviti bersama pengunjung dan peminat Perlisfm.

Ia bertepatan dengan peranan radio hari ini sebagai sumber maklumat tepat dan sahih serta penggunaan pelbagai platform dalam menyokong siaran radio selari dengan perkembangan teknologi masa kini.

Menurut Ketua Bahagian Rancangan Perlisfm, Nur Suriawaty Abdul Nasir, penyiaran radio kini perlulah selari dengan keperluan semasa termasuklah kaedah penyampaiannya,kreativiti, kandungan serta platform yang boleh menarik minat pendengar.

Bukan sahaja saluran TV yang menyiarkan pelbagai maklumat sahih dan tepat, radio juga khususnya di negeri-negeri perlu memainkan peranan masing-masing dalam usaha memastikan saluran radio terus relevan.

"Peranan radio hari ini saya lihat lebih besar, lebih meluas. bukan setakat info-info terkini, sekarang ini radio boleh diikuti secara visual melalui media sosial bukan sekadar hanya mendengar di telinga sahaja, kita juga ada mata untuk melihat dan juga pelbagai platform boleh diikuti."

"Jadi peranan radio makin meluas dengan pelbagai platform, dasar-dasar dan juga maklumat dapat disampaikan terus kepada pendengar," kata Nur Suriawaty.

Program Sambutan Hari Radio Sedunia bagi Perlisfm dilaksanakan di Pasar Terapung, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri dengan kerjasama strategik Jabatan Pengairan dan Saliran.

Antara aktiviti termasuklah busking, tiru gaya penyampai radio, pencarian harta karun antara jabatan kerajaan, senamrobik dan kuiz Hari Radio Sedunia.

Selain pelbagai aktiviti yang disusun atur, Sambutan Hari Radio kali ini juga turut berperanan bagi mengenengahkan program-program baharu di Perlisfm termasuk Busking @ Perlisfm sebagai salah satu usaha membantu industri kreatif negeri khususnya dikalangan golongan muda.

Media Baharu