fb fb fb fb fb

KELANTANfm bakal jalin kerjasama dengan KIAS

 


KOTA BHARU, 13 Februari- KELANTANfm sentiasa memberikan tumpuan dan penekanan terhadap pembaharuan yang boleh disajikan supaya stesen radio itu kekal diyakini oleh pendengar.

Pengarah Jabatan Penyiaran (RTM) Kelantan , Wan Azhan Wan Hamat berkata, kajian dan perbincangan sentiasa diadakan pada setiap suku tahunan memandangkan pihaknya tidak boleh berada pada zon selesa dalam keadaan kemajuan teknologi masa kini.

Beliau berkata, pihaknya perlu mengoptimumkan penggunaan teknologi dalam merapatkan dan mendekati jurang antara radio dan pendengar.

“Perbaharuan yang bakal kita terapkan nanti secara umumnya ialah berlandaskan kepada 'human interest' yang boleh menyentuh denyut nadi rakyat kita tidak boleh lagi berada dalam ruang lingkup konti semata-mata kita kena berada di luar supaya apa yang kita sajikan nanti inilah yang rakyat nak dengar pendengar nak ini lah pendekatan kita itu secara umum apa bentuknya itu kita akan buat pengumuman nanti bila tiba masanya.” kata Wan Azhan.

Beliau berkata demikian pada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Perhimpunan Bulanan KELANTANfm bagi tahun 2022 di Auditorium Titian Murni, RTM Kelantan, Kota Bharu.

Mengulas lanjut, beliau berkata, bersempena sambutan Hari Radio Sedunia, pihaknya bakal berkolaberasi bersama Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) bagi mengadakan program seperti seloka bersahut dan juga rakaman forum Islam Khamis ini.

Lokasi tersebut signifikan memandangkan KIAS merupakan salah satu Institut Pengajian Tinggi (IPT) di negeri itu yang mempunyai konti radio.

Media Baharu