fb fb fb fb fb

Jemaah umrah dibatalkan pemergian ke Tanah Suci terima saguhati 18 Februari ini



KUALA LUMPUR, 13 Februari- Saguhati kepada jemaah umrah yang terpaksa membatalkan pemergian ke Tanah Suci akibat penularan jangkitan virus Omicron akan disalurkan pada 18 Februari ini

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad dalam satu kenyataan memaklumkan, sejumlah seribu RM1,671 akan dikreditkan terus ke dalam akaun Tabung Haji (TH) masing-masing.

"Ia melibatkan sejumlah 8,027 jemaah umrah yang terkesan dan layak menerima saguhati berdasarkan senarai nama yang diberikan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

"Daripada jumlah tersebut, pihak TH mendapati seramai hampir 1,000 jemaah umrah masih belum mempunyai akaun simpanan TH." katanya.

Justeru, beliau menyarankan agar penerima-penerima saguhati ini membuka akaun TH sebelum 18 Februari ini bagi memudahkan urusan.

Jelasnya lagi, para jemaah umrah boleh melayari www.thijari.com.my untuk membuka akaun simpanan TH secara dalam talian dan hadir ke kaunter TH yang terdekat bagi proses pengaktifan akaun secara biometrik.

"Bagi mereka yang mempunyai kesukaran untuk mendaftar secara atas talian, boleh terus ke cawangan TH terdekat tanpa perlu beratur." katanya.

Media Baharu