fb fb fb fb fb

OCA bantu bekas pelajar Sekolah Clifford Kuala Kangsar terjejas akibat COVID-19

 

 
KUALA KANGSAR, 13 Februari- Persatuan Lepasan Sekolah Clifford Kuala Kangsar (OCA) komited untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada bekas pelajar sekolah berkenaan yang terkesan daripada COVID-19.

Presidennya, Datuk Salehuddin Saidin berkata, pihaknya bermatlamat menghidupkan kembali persatuan dengan mengatur pelbagai program memanfaatkan warga sekolah tersebut.

Jelas beliau, perkara ini termasuk sokongan dari segi akademik dan kerjaya di peringkat sekolah, universiti dan seterusnya di alam pekerjaan.

"Kita sedia maklum bahawa ramai dikalangan bekas-bekas pelajar dan juga pelajar sedia ada mengalamai masalah ketika COVID-19 ini dan mengalami masalah ketika kemelesatan ekonomi dan inilah peranan yang perlu kita tonjolkan untuk kita sama-sama menyantuni mereka yang mempunyai masalah,"kata Salehuddin.

Beliau berkata demikian pada acara berbasikal Kayuhan Reunion Cliffordian di Kuala Kangsar, Perak.

Kira-kira 70 bekas pelajar sekolah berkenaan bersama Cliffordian Cycle Team (CCT) menyertai kayuhan tersebut yang melibatkan laluan sepanjang 70 km di sekitar Kuala Kangsar.

Turut hadir, Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalatrash Wahid yang juga bekas pelajar sekolah berkenaan.

Media Baharu