fb fb fb fb fb

Radio penting dalam kehidupan masa kini- PM



KUALA LUMPUR, 13 Februari- Radio bukan sahaja gaya hidup, tetapi keperluan seharian yang penting dalam kehidupan masa kini.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam status facebook, Malaysia antara negara kolonial British terawal menggunakan teknologi radio.

Malah, kata beliau, pada pra dan pasca merdeka juga, radio menjadi medium penting untuk rakyat mendapatkan maklumat semasa pada masa itu.

“Melalui radio juga kita mengumpulkan semangat-semangat pejuang dalam mempertahankan tanah air.

“Kini, radio menjadi nadi aspirasi di kala pagi, peneman di kala tengah hari dan hiburan di kala petang, saat Keluarga Malaysia memandu pulang, radio juga menjadi rakan yang akrab disisi,” katanya.

Sempena sambutan Hari Radio Sedunia bagi tahun 2022 bertemakan Radio dan Keyakinan, Perdana Menteri mahu platform media itu dapat terus menyebarkan informasi terkini kerana fungsi radio terus relevan sampai bila-bila.

Media Baharu