fb fb fb fb fb

Perubahan norma kehidupan antara punca peningkatan kes keganasan rumah tangga - Rina Harun



JOHOR BAHRU, 13 Februari- Kes keganasan rumah tangga sepanjang 2021, meningkat kepada 7,468 kes bersamaan 42%, berbanding 5,260 kes, pada 2020.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut menunjukkan kes jenayah seksual meningkat kepada 3,271 pada tahun lalu berbanding 3,177 tahun sebelumnya.

Antara faktor berlakunya situasi tersebut, disebabkan perubahan norma kehidupan yang membataskan pergerakan dan aktiviti sosial dalam kalangan masyarakat.

Ia secara tidak langsung memberi impak kepada tingkah laku dan kesihatan mental seseorang.

"Melihat kepada peningkatan dalam pelbagai kes, kementerian mengambil inisiatif menubuhkan skuad waja yang berperanan sebagai 'first responder' dan pendengar yang baik bagi mengelak berlakunya perkara lebih buruk," kata Rina.

Teks ucapan dibacakan Timbalan Ketua Setiausa (Operasi) KPWKM semasa Pelancaran Skuad Waja Johor di Johor Bahru.

Semenjak pelancaran skuad waja pada 2021, sebanyak 945 kes berjaya dibimbing manakala 6,837 orang disantuni, bagi program psikososial.

Media Baharu