fb fb fb fb fb

Pengguna dan peruncit boleh kemuka aduan, kesalahan kawalan harga

 

 

JOHOR BAHRU, 13 Februari- Sebanyak 229 kes kesalahan kawalan harga dan bekalan barangan direkodkan, melibatkan nilai kompaun RM37,000 di Johor, sejak Januari lalu.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor, Mohd Hairul Annuar Bohro berkata, dalam tempoh tersebut 9,540 premis telah diperiksa.

Menurutnya, ia merangkumi 8,81 peruncit, 1,208 pemborong dan 51 pengilang.

Selain itu, pemantauan kedudukan bekalan juga dijalankan keatas 280 peruncit daerah terpilih, serta 78 pemborong daerah terpilih, di setiap kawasan Dewan Negeri dan Parlimen Johor.

"Buat aduan kepada kita, bukan sahaja pengguna, tapi peruncit pun boleh buat aduan kepada kita, dan kita akan menyiasat lah, apa punca sebenar, kita akan cuba mengesan jika ada aktiviti pencatutan,"kata Mohd Hairul.

Tindakan diambil mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, selain Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Perlindungan Pengguna 1999, dan Akta Perihal Dagangan 2011.

Beliau berkata demikian selepas meninjau Program Jualan Keluarga Malaysia di Bandar Seri Alam, di sini.

Sejak Disember lalu hingga kini, program tersebut telah berjaya memperoleh nilai jualan RM1.8 juta, melibatkan 500,000 pengunjung di Johor.

Media Baharu