fb fb fb fb fb

Gangguan bekalan ayam dan telur di Johor hanya sementara

 

JOHOR BAHRU, 13 Februari- Isu kekurangan dan gangguan bekalan ayam dan telur ayam di Johor, bersifat sementara dan hanya berlaku pada lokaliti tertentu.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor, Mohd Hairul Annuar Bohro berkata, isu tercetus, disebabkan peningkatan kos ke atas pengeluaran barang makanan asas tersebut.

Menurutnya, peningkatan kos melibatkan harga makanan ayam, kos pengangkutan dan tenaga buruh pada ketika ini.

Antara inisiatif yang dijalankan bagi mengekang isu kekurangan bekalan dan kenaikan harga barangan, termasuk, menjalankan harga maksimum runcit bagi ayam standard.

Selain, melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan, dan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia.

Beliau berkata demikian selepas meninjau Program Jualan Keluarga Malaysia di Bandar Seri Alam, Johor Bahru.

Media Baharu