fb fb fb fb fb

Bas kilang bertembung treler, dua parah

 



PERAI, 13 Februari- Dua pemandu parah selepas sebuah bas kilang bertembung dengan sebuah treler dekat Jalan Perusahaan Perai, semalam.

Kejadian pada pukul 7.15 malam itu turut mengakibatkan penumpang bas iaitu 15 pekerja kilang warga asing, cedera ringan.

Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang memaklumkan, pemandu kedua-dua kenderaan itu mengalami kecederaan parah akibat tersepit di bahagian tempat duduk.

Difahamkan bomba menerima laporan kecemasan pada 7.21 malam dan kesemua mangsa berjaya dibawa keluar 7 minit kemudian.

Kesemua mangsa di bawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk rawatan lanjut.

Media Baharu