fb fb fb fb fb

Sambutan Hari Malaysia, Hari Kebangsaan akan ada penambahbaikan

KUCHING, 17 September- Sambutan Hari Malaysia 2023 Peringkat Kebangsaan amat memberangsangkan dengan mencatatkan kehadiran lebih 5,000 orang ke Stadium Perpaduan Petra Jaya Kuching malam tadi.

Mengulas mengenai sambutan itu, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil memaklumkan pada sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia datang pihaknya akan membuat lebih banyak penambahbaikan.

Ketika bercakap kepada pemberita, Fahmi tidak menolak untuk memasukkan Program Keretapi Sarong sebagai pengisian sambutan Bulan Kebangsaan.

"Saya ambil contoh berkenaan satu perhimpunan yang amat bermakna iaitu Program Keretapi Sarong yang bertempat di Kuala Lumpur yang melibatkan lebih 10,000 anak muda.

"Itu yang terlintas di fikiran saya mungkin nanti bebrincang dengan pihak penganjur untuk dimasukkan program itu sebagai sebahagian kalendar Bulan Kebangsaan," katanya kepada pemberita selepas sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan di sini.

(Fahmi Fadzil)

Media Baharu