fb fb fb fb fb

Anwar tiba di Nanning, hadir CAEXPO, CABIS

NANNING, 17 September- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Wuxu Nanning, Guangxi tepat pukul 3.53 minit pagi waktu tempatan. 

Perdana menteri dijadual menghadiri Majlis Pembukaan Rasmi Ekspo China-ASEAN ke-20 (CAEXPO) dan Sidang Kemuncak Pelaburan Perniagaan China ASEAN (CABIS) di Nanning International Convention and Exhibition Centre (NICEC) pada pukul 9 pagi.

Jadual padat menanti beliau sepanjang lawatan kerja sehari ke Nanning hari ini akan diteruskan dengan ucaptama oleh Datuk Seri Anwar bersama pemimpin-pemimpin ASEAN.

Kemudian Anwar akan mengadakan lawatan ke Pavilion Malaysia di dewan berkenaan sebelum bergerak ke Mesyuarat Dua Hala bersama rakan sejawatnya dari China Li Xiang pada pukul 11.30 pagi.

Beliau turut dijadual Makan Tengahari yang akan dihoskan Perdana Menteri China di Liyuan State Guest House sebelum mengakhiri lawatan dengan mempengerusikan dua Mesyuarat penting bersama China Communication Construction Company dan Syarikat Telekomunikasi HUAWEI.

Bagaimanapun Anwar dijadual pulang ke Malaysia pada pukul 4.30 petang hari ini. 

Turut mengiringi beliau ialah Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming dan Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hi. 

(Anwar disambut di Lapangan Terbang Antarabangsa Wuxu Nanning)

Media Baharu