fb fb fb fb fb

Sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Perlis meriah kehadiran 20,000 pengunjung

KANGAR, 31 Ogos- Lebih 20,000 pengunjung hadir memeriahkan perbarisan dan perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2022 peringkat negeri Perlis yang bertempat di Stadium Tuanku Syed Putra di Kangar semalam.

Orang ramai yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat mula memenuhi ruang stadium dari jam 8 malam.

Walaupun dalam suasana hujan pada permulaan majlis, pengunjung yang hadir setia menunggu sehingga tamat program sambutan itu.

Sambutan diisi dengan perarakan dan perbarisan yang disertai oleh 58 kontijen yang terdiri daripada agensi kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Institusi Pendidikan Tinggi di negeri itu.

Selain itu, pengunjung turut disajikan dengan beberapa persembahan daripada Angkatan Tentera Darat Malaysia antaranya persembahan anjing pengesan dan aksi lagak ngeri bermotosikal.


(Foto FB Pejabat Suk Perlis)

Majlis berkenaan disempurnakan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Turut sama berkenan hadir Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid.

Baginda berdua turut diiringi oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizzuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Syahren Akashah Khalil.

Sambutan diakhiri dengan dengan persembahan bunga api dan tujuh kali laungan merdeka.


(Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail (tengah) berkenan berangkat ke majlis)

Media Baharu