fb fb fb fb fb

Bayi merdeka terus dirai

(Antara bayi yang dilahirkan pada 31 Ogos 2022)

KUALA LUMPUR, 31 Ogos- Hampir 100 individu yang lahir pada tarikh keramat 31 ogos, berkumpul bagi meraikan hari lahir dan Hari Kebangsaan ke-65 di Hospital Tunku Azizah Kuala Lumpur.

Acara tradisi sejak lebih 20 tahun itu juga turut menyambut kelahiran anak merdeka baharu.

Menurut Datuk Dr. Mohd Alwi Abdul Rahman, Pengerusi Warisan Anak Merdeka, " tujuan kita hari ini ialah bersama-sama nak menyambut hari kelahiran bayi merdeka ini, dan ia sudah menjadi satu tradisi.

"Untuk ambang merdeka ni, kita akan berada di hospital termasuk di Hospital Selayang dan juga Hospital Serdang untuk menyambut bayi kemerdekaan.

Tambah beliau, "objektif kedua adalah untuk memastikan perpaduan sesama kita terpelihara."

(Datuk Dr. Mohd Alwi Abdul Rahman, Pengerusi Warisan Anak Merdeka)

Sementara itu, rata-rata bapa kepada cahaya mata yang lahir selepas detik 12 tengah malam tadi, bersyukur dan tidak menyangka anak mereka lahir pada tarikh keramat itu.

Wan Mohd, merupakan salah seorang bapa bagi bayi yang lahir menyatakan, "saya pun tak sangka anak saya lahir pada tarikh 31 Ogos.

"Saya sangat bersyukur kerana isteri dan anaknya selamat dilahirkan." Ujarnya ketika ditemui pemberita.

Perasaan sama turut dikongsi oleh Mohamad, "saya rasa gembira dan tak terjangka bayi saya keluar pada jam 12.26 pagi."

Media Baharu