fb fb fb fb fb

Saifuddin pandang serius isu rasuah, pelanggaran integriti

Foto FB Kementerian Dalam Negeri (KDN)

KUALA LUMPUR, 22 Ogos- Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memandang serius isu rasuah serta pelanggaran integriti pegawai dibawahnya.

Selain disifatkan sebagai buruk, beliau menjelaskan pihaknya akan melihat lebih mendalam aspek penempatan anggota dan pegawai agensi berkaitan.

Malah bersedia melaksanakan pusingan kerja lebih kerap khusus kepada agensi tertentu di bawahnya bagi mengelak berlaku lagi pelanggaran integriti.

"Jadi di sebalik penegasan berulang kali, tapi masih berlaku lagi, jadi di pihak kami akan melihat lagi aspek daripada sudut penempatan.

"Malah PM (perdana menteri) menekankan soal 'job rotation' (giliran kerja) bagi mengelakkan bahagian tertentu yang 'berlama-lama' di satu tempat yang mungkin mengundang keadaan tanpa kita prejudis..bukan maksudnya berada di situ 'berlama-lama' semestinya akan melakukan pelanggaran integriti, tidak.. tetapi sebagai kaedah daripada segi sistem pentadbiran dan pengurusan..'job rotation' adalah satu inisiatif yang kami tengok dengan serius," katanya dalam sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan KDN dan sambutan Bulan Kebangsaan di Putrajaya.

Saifuddin mengulas mengenai kegiatan sindiket membawa masuk warga asing dengan melalui pintu masuk negara tanpa pemeriksaan pihak berkuasa, dan didalangi agensi di bawah KDN.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata beberapa aspek diambil kira termasuk isu keselamatan orang awam susulan kejadian berbalas tembakan di Subang Jaya.

"Saya sebut 'competncy' (kecekapan) dan profesional polis.. walaupun berlaku insiden tembakan di tempat terbuka, tapi perhatikan bahawa 'zero casualty' (sifar mangsa) dalam kalangan orang awam kerana semua aspek itu, kalau dia (polis) mahu suspek itu, dia tahu 'area' (kawasan) mana, sudut mana, sebelum tindakan diambil.

"Ini bukan satu tindakan semberono..maka dalam operasi macam itu, keselamatan nyawa di pihak anggota polis, dan pertimbangan soal keselamatan awam, dan kemudian polis 'execute plan' (melaksanakan rancangan) itu," katanya.

Tambahnya, kecekapan polis dalam menjalankan tugas tidak harus diragui orang awam memandangkan pihaknya mengamalkan sikap profesional yang tinggi sekiranya kejadian berlaku di tempat awam.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM