fb fb fb fb fb

Agensi Bumiputera perlu jadi teladan, bertanggungjawab & berintegriti

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMA

SHAH ALAM, 22 Ogos- Agensi Bumiputera perlu mengetuai dan menjadi contoh mengurus syarikat dengan penuh tanggungjawab, berintegiriti dan ihsan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata langkah itu penting demi memacu kemampanan pertumbuhan negara.

Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Petronas menjadi antara agensi yang membanggakan dan dapat mempertahankan integriti dalam pengurusan syarikat.

"Di antara tugas kita dalam negara Madani untuk memperbaiki tatakelola. Seperti yang saya sebut baru-baru ini, saya mahu agensi Bumiputera itu mengetuai, memberi contoh dan teladan, bagaimana kita urus dengan penuh tanggungjawab dengan integriti, dengan kecekapan, dengan sikap ihsan.

"... Kerana tidak ada pembangunan dan kemampanan dan pertumbuhan negara tanpa kasih sayang ihsan dan tanggungjawab", kata Datuk Seri Anwar.

Beliau berucap pada Majlis Perasmian Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM 2024) di Shah Alam, Selangor.

Tambahnya, keutamaan harus diberikan kepada golongan berpendapatan rendah, selain menekankan soal ketelusan tanggungjawab.  

ROSLINA BINTI DIN