fb fb fb fb fb

RUU Keselamatan Dalam Talian dibentang Oktober - Azalina

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 22 Ogos- Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijadualkan akan dibentangkan di Parlimen pada Oktober ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata beliau akan membentangkan RUU tersebut, sementara pelaksanaan dan penguatkuasaan akan dikendalikan Kementerian Komunikasi.

"Saya akan buat bersama Kementerian Komunikasi tetapi akta itu akan saya bawa ke Parlimen tapi perlaksanaan dan kuat kuasa adalah Kementerian Komunikasi di bawah MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia)," katanya dalam satu sidang media selepas lawatannya ke pusat media Perhimpunan Agung UMNO 2024 di sini.

Pada 15 Ogos lepas, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memaklumkan bahawa RUU berkenaan telah diperhalusi Azalina dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan MCMC. 

Fahmi juga menegaskan bahawa RUU itu selaras dengan hasrat kerajaan untuk melesenkan platform media sosial sebagai langkah mengatasi masalah yang timbul di platform dalam talian.

BERITA BERKAITAN: 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM