fb fb fb fb fb

Saifuddin Nasution berlepas ke China untuk lawatan kerja

FOTO FACEBOOK Saifuddin Nasution Ismail

PUTRAJAYA, 6 September- Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail telah berlepas hari ini ke China untuk lawatan kerja rasmi bagi menghadiri Forum Keselamatan Global 2024.

Menurut Pejabat Menteri Dalam Negeri dalam satu kenyataan, forum itu akan berlangsung di Lianyungyang City pada 8 hingga 10 September ini.

"Semasa berada di sana, Menteri Dalam Negeri juga dijadualkan untuk mengadakan perbincangan dua hala bersama Menteri Keselamatan Awam China, Wang Xiaohong.

"Selain itu Menteri Dalam Negari akan turut bertemu dengan pelabur antarabangsa untuk perbincangan berkaitan bidang keselamatan," menurut kenyataan.

Dalam pada itu Saifuddin dijadualkan untuk pulang ke Malaysia pada 10 September ini.

SITI AISHAH MD ISA