fb fb fb fb fb

Sabah milik Malaysia, tidak akan diserahkan kepada Filipina - Wan Junaidi

(FOTO BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 14 Oktober- Sabah tidak akan diserahkan atau berada di bawah pentadbiran Filipina dan kerajaan akan terus mempertahankan kedaulatan wilayah Malaysia itu.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen Dan Undang-undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata demikian bagi soalan yang dikemukakan Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong berhubung isu pertikaian timbang tara tuntutan Sulu di persidangan Dewan Rakyat pada 6 Oktober lalu.

Menurut Wan Junaidi, Final Award Mahkamah Arbitrasi Paris berjumlah RM14.92 bilion yang dianugerahkan kepada waris Kesultanan Sulu merupakan ‘tuntutan peribadi’ bukan tuntutan oleh Kerajaan Filipina.

Tuntutan itu adalah provokasi dan pelanggaran ke atas kedaulatan serta kepentingan ekonomi Malaysia di peringkat antarabangsa.

Pihak berkenaan juga menggunakan mekanisme undang-undang antarabangsa persendirian untuk menyerang kepentingan kedaulatan Malaysia di luar negara.

Proses tersebut bukan sahaja disalah guna dan ia merupakan provokasi ke atas kedaulatan dan kepentingan Malaysia.

Wan Junaidi berkata demikian melalui satu kenyataan media yang dikeluarkan kementeriannya bagi menjelaskan pendirian Malaysia terhadap tidakkan oleh pihak yang mendakwa waris Kesultanan Sulu.


(Foto Hiasan)

Media Baharu