fb fb fb fb fb

Musim haji 2023, keutamaan kepada jemaah 2020 diikuti tahun seterusnya

(FOTO BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 14 Oktober- Keutamaan menunaikan ibadah haji bagi 2023 akan diberikan kepada bakal jemaah yang tersenarai menunaikan ibadat itu pada 2020, diikuti 2021, 2022 dan seterusnya mengikut prinsip sistem pendaftaran terbuka sedia ada.

Ia disebabkan penangguhan ibadat itu akibat pandemik COVID-19 selama dua tahun dan mengikut konsep “Mendaftar Dahulu, Didahulukan” yang telah dilaksanakan sejak 1995.

Tabung Haji (TH) dalam satu kenyataan berkata, terdapat kekosongan pada setiap musim haji disebabkan permohonan penangguhan giliran atas pelbagai sebab seperti kesihatan, pendidikan anak dan sebagainya.

Bagaimanapun, kekosongan berkenaan akan diisi dengan senarai jemaah yang menunggu atau pertimbangan diberikan kepada mereka yang membuat permohonan rayuan.

Pemilihan rayuan haji dilakukan berpandukan kriteria-kriteria tertentu dengan rayuan mahram diberikan keutamaan.

Setakat ini, seramai 3.8 juta pendeposit TH telah mendaftar dan menunggu giliran untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu.


(Foto Fail)

Media Baharu