S. Paandi Durai terima gelaran Datuk

Foto RTM

GEORGE TOWN, 16 Julai – Hampir tiga dekad mencurahkan bakti sebagai penyampai berita Tamil RTM, S. Paandi Durai hari ini dikurniakan Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN), yang membawa gelaran Datuk.

RINGKASAN BERITA AI
  • Anugerah disampaikan sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-85 Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib, di George Town.
  • Dikenali sebagai antara wajah utama penyampaian Berita Tamil RTM, berpengalaman sebagai pengacara dan penceramah.
  • Pengiktirafan menghargai sumbangan beliau dalam memperkasa penyiaran dan media Tamil negara.

Beliau menerima anugerah itu sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-85 Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib, di George Town.

S. Paandi Durai dikenali sebagai antara wajah utama penyampaian Berita Tamil RTM, selain berpengalaman sebagai pengacara dan penceramah.

Pengiktirafan itu menjadi penghargaan terhadap sumbangan beliau dalam memperkasa penyiaran dan media Tamil negara.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.