
PUTRAJAYA, 3 September – Rang Undang- Undang (RUU) Warga Emas yang sepatutnya dibentangkan pada sesi Dewan Rakyat Oktober ini, dijangka hanya dapat dibawa ke Parlimen pada awal tahun depan.
- Draf RUU Warga Emas telah disiapkan, tetapi prosesnya mengambil masa lebih panjang berikutan penambahan perkara baharu.
- Beberapa perkara baharu dibangkitkan hasil sesi libat urus bersama pertubuhan bukan kerajaan dan kerajaan negeri.
- Perkara baharu tersebut dipersetujui dimasukkan sebagai pindaan terhadap draf sedia ada.
- Pengumuman dibuat oleh Menteri Nancy Shukri selepas menghadiri Sambutan Ulang Tahun Ke-80 JKM; turut hadir Wan Azizah.
Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri ia berikutan beberapa perkara baharu yang perlu ditambah dan diteliti.
Jelasnya, draf RUU berkenaan telah siap, namun prosesnya mengambil masa lebih panjang berikutan beberapa perkara baharu yang dibangkitkan untuk dimasukkan hasil sesi libat urus bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kerajaan negeri.
“Memang garis masa kita tahun ini, tetapi apabila kita adakan libat urus, banyak perkara baharu yang mahu dimasukkan.
“Kita bersetuju supaya ia dimasukkan sebagai pindaan terhadap draf kita. Sebab kita ada libat urus dengan badan bukan kerajaan (NGO) termasuk di peringkat negeri-negeri juga, jadi itu boleh melambatkan proses,” katanya kepada media selepas menghadiri Sambutan Ulang Tahun Ke-80 Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, disini.
Turut hadir, Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.