fb fb fb fb fb

RUU Sistem Insuran Pekerjaan (Pindaan) 2022 beri manfaat golongan terlibat

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 25 Julai - Pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Sistem Insuran Pekerjaan mampu memberi manfaat kepada golongan yang terlibat.

Ini kerana, melalui pindaan tersebut siling gaji untuk caruman akan meningkat dari RM4,000 kepada RM5,000 di bawah Akta 800.

Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan berkata ia secara tidak langsung berupaya menambah baik Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) khususnya dengan peningkatan faedah-faedah termasuk elaun mencari pekerjaan dan elaun bekerja semula.

(Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan)

"Kerana dengan adanya pindaan ini maka mereka yang mendapat jumlah elaun mencari pekerjaan daripada RM10,665 dinaikkan kepada RM13,365 elaun pendapatan berkurangan sebelum pindaan cuma RM10,665 ringgit, seleps pindaan naik kepada RM13,365 ringgit.

"Elaun bekerja semula awal daripada RM987.50 dinaikkan kepada RM1,237.50. Ketiga-tiga kenaikan ini selepas pindaan jumlahnya ialah 25.3 peratus dan ini adalah satu perkara yang baik untuk pekerja kita di seluruh negara," katanya.

Datuk Ahmad Maslan membahaskan Rang Undang-Undang Sistem Insuran Pekerjaan (Pindaan) 2022 bacaan kali kedua di Dewan Rakyat.

Media Baharu