fb fb fb fb fb

RUU Racun (Pindaan) 2022 lulus, denda kesalahan dinaikkan kepada RM100,000

(FOTO HIASAN BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 21 Julai- Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Racun (Pindaan) 2022 bagi memperkukuh kawalan ke atas racun dan bahan psikotropik serta memberi fleksibiliti dalam pengendalian racun untuk tujuan sah, selain selaras dengan keperluan semasa.

Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan KKM memberi jaminan akan sentiasa menambah baik kawal selia dan aspek pelaksanaan serta penguatkuasaan Akta 366 Rang Undang-undang RUU Racun (pindaan) 2022.

Pindaan bagi Akta Racun 1952 (Akta 366) itu, antara lain menaikkan penalti bagi kesalahan berhubung pengimportan, pengeksportan, pembuatan, penyebatian, pencampuran, pendispesan, penjualan, pembekalan, pemberian, pemilikan atau penggunaan mana-mana bahan psikotropik yang tidak mengikut peraturan Akta 366.

Dalam ucapan penggulungan, Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, terdapat pelbagai mekanisme bagi memastikan tiada penyalahgunaan kuasa.

"Sudah pasti Kementerian Kesihatan memantau laporan dan aduan diterima sama ada saya sebagai menteri, hingga ke peringkat mereka yang berada di lapangan.

"Pihak tidak berpuas hati boleh kemukakan aduan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (Sispa) , Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SRM)serta Suruhanjaya Integriti pPenguatkuasa.

Kita juga ada sistem melalui integriti kementerian yg boleh membuat siasatan dalaman dan ini merupakan soalan pokok buat semua penguatkuasa untuk setiap agensi penguatkuasaan dan seperti mana menjadi dasar kerajaan untuk melakukan siasatan siasatan dalaman," katanya.

Terdahulu, beliau turut menegaskan keperluan dan prinsip utama pindaan RUU berkenaan.

(Menteri Kesihatan merangkap Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin membentangkan bacaan kali kedua
Rang Undang-Undang Racun (Pindaan) 2022 pada Mesyuarat Pertama Penggal Kelima,
Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen)


Beliau berkata, hukuman berhubung bahan psikotropik di bawah seksyen 30 RUU itu diperuntukkan sejak 1988 tanpa sebarang pindaan selama 34 tahun dan hukuman sedia ada di bawah seksyen 32 dipinda kali terakhir pada 1980.

"Ini pandangan selepas kita melakukan libat urus, bukan hanya dengan penguatkuasa tapi juga dengan semua pemegang taruh.

"Kita dapati hukuman sedia ada tidak selaras dengan perkembangan semasa dan tidak setimpal untuk menghalang pesalah daripada mengulangi kesalahan, selain tidak memberi pengajaran bersifat menghalang kepada orang lain.

"Prinsip utama di bawah pindaan Akta Racun 1952 adalah melindungi rakyat, alam sekitar dan negara daripada kesan mudarat racun yang sangat besar termasuk kesan akibat pengendalian racun dan bahan psikotropik yang tidak betul, teratur dan berintegriti. Ini soal hidup dan mati," katanya.

Khairy berkata, cadangan penalti yang tinggi dibuat selepas mengambil kira impak mudarat kepada masyarakat akibat penyalahgunaan dan pemesongan bahan yang dikawal di bawah Akta Racun 1952.

"Kuantum denda ini, walaupun ada yang kata agak tinggi tetapi ia selaras dengan denda akta lain yang dikuatkuasakan KKM dan kementerian lain, contohnya Akta Peranti Perubatan 2012 dan Akta Makanan 1983," katanya.

Jelas beliau, cadangan pindaan kenaikan penalti umum, memperuntukkan denda maksimum RM100,000 atau lima tahun penjara bagi kesalahan-kesalahan di bawah akta racun, kecuali kesalahan berkaitan rekod dan kesalahan prikotropik

Terdahulu, ketika membentangkan RUU Racun (Pindaan) 2022 untuk bacaan kali kedua, Khairy memaklumkan, terdapat lebih 1,600 bahan disenaraikan di bawah Senarai Racun, Jadual Pertama, Akta 366 sebagai racun, manakala terdapat 82 bahan disenaraikan di bawah Jadual Ketiga, Akta 366 sebagai bahan psikotropik.

Khairy ketika turut mencadangkaan pindaan lebih 15 seksyen selain turut mencdangkan 23 fasal bagi memastikan kesinambungan aktiviti kawalan racun dan bahan prikotropik.

"Pindaan Akta 366 ini akan memberi kesan-kesan positif seperti memastikan pihak industri dan profesional kesihatan meliputi ahli farmasi, pengamal perubatan, pengamal pergigian, dan doktor veterinar bertanggungjawab dan mempunyai akauntabiliti dalam industri yang melibatkan pengendalian racun dan bahan psikotropik.

"Kedua, menjamin keselamatan dan kesihatan rakyat serta alam sekitar kerana racun dan bahan prikotropik yg dikawal di bawah Akta 366 adalah bahan-bahan aktif farmaseutikal dan bahan kimia industri yg berpotensi utk disalah guna dan dipesong utk tujuan yang tidak sah dan seterusnya menggugat keselamatan dan kesihatan awam dan imej negara.

Sementara itu, dalam sesi perbahasan, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad bersetuju dengan cadangan pindaan.

"Pindaan telah dicerakin serta diperhatikan dengan baik dan menyeluruh meskipun saya terpaksa akui ada perkara-perkara yang sengaja tidak mahu dimasukkan berdasarkan beberapa kali Akta Racun ini telah dibentangkan dan ditarik balik,"katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tebrau Steven Choong Shiau Yoon menyentuh, langkah penguatkuasaan undang-undang amat penting dalam membendung penyalahgunaan bahan racun.

"Seksyen baharu diperuntukkan dan memperincikan serrtta menyusun semula kuasa penguatkuasaan sedia ada, sesuai dengan kerangka undang-undang terkini dan merupakan kuasa lazim yg diperuntukkan di bawah undang-undang lain," katanya

Ahli Parlimen Setiu Shaharizukirnain Abd Kadir pula membangkitkan isu preskripsi ubat kerajaan dan swasta.

"Berkenaan preskripsi ubat-ubatan, saya ingin menyarankan agar diwujudkan suatu sistem preskripsi yang setara antara kerajaan degan swasta.

"Preskripsi ubat dari premis kerajaan boleh diguna pakai untuk mendapatkan ubat daripada mana-mana premis perubatan swasta,"katanya.

Media Baharu