BALIK PULAU, 12 Februari - Sebuah Rang Undang- Undang (RUU) Perubahan Iklim negara akan dibentang Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dalam sidang Parlimen akan datang.
Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Mansor Othman berkata pihaknya kini di peringkat akhir menyiapkan kerangka rang undang-undang tersebut.
"Itu untuk penyesuaian jadi itu yang kita cadang terutama sekali kita bagi perhatian berkenaan usaha mitigasi dan juga satu lagi tentang ekonomi hijau," katanya selepas merasmikan rumah pam tebatan banjir di Teluk Kumbar, di sini.
Tambahnya, RUU tersebut antaranya bertujuan menjamin adaptasi perubahan iklim bagi mengurangkan impak banjir besar.