KUALA LUMPUR, 18 Februari- Rang Undang- Undang Perkongsian Data dijangka akan diwartakan pada 20 Februari ini.
Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata ia antara usaha perkukuh keselamatan data negara khususnya dalam aspek perkongsian maklumat sektor awam dan swasta.
Dasar Pengkomputeran Awan Negara juga bakal dilaksana dalam suku kedua tahun ini bagi tujuan mewujudkan ekosistem digital yang lebih selamat.
"Kementerian ini juga telah membangunkan beberapa perundangan dan ini bertujuan untuk memperkukuh landskap regulatory digital dan data negara dari aspek keselamatan data, perlindungan data, inovasi data dan penyimpanan data.
"Rang Undang-undang Perkongsian Data yang dijangka akan diwartakan pada 20 Februari 2025 dan Dasar Pengkomputeran Awan Negara yang akan dilaksanakan dalam suku kedua tahun ini", katanya dalam sesi Dewan Rakyat.
Penyataan bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Gerik, Fathul Huzir Ayob.
Rangka Kerja Kepercayaan Digital juga akan dibangun bagi memberi hala tuju kepada usaha kerajaan dalam memastikan ekosistem pendigitalan termasuk aspek data adalah selamat dan boleh dipercayai.