PUTRAJAYA, 19 Mac- Persidangan Dewan Negara menyaksikan detik bersejarah apabila meluluskan Rang Undang Undang Majlis Media Malaysia 2024 (RUU 2024).
RUU itu bertujuan untuk menjadi pemangkin kepada media agar lebih demokratik, bebas dan beretika di Malaysia.
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil memaklumkan Lembaga Pengasas Majlis Media Malaysia dijangka dapat dibentuk sebelum sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) tahun ini.
"Saya percaya kita akan dapat pastikan usaha untuk meningkatkan kredibiliti pengamal media dengan Majlis Media Malaysia itu sendiri menetapkan standard dan tatakelola yang tinggi.
"Kerajaan MADANI komited untuk memperkasa industri media negara dengan memastikan kebebasan media terus terpelihara disamping menjamin penyampaian maklumat yang bertanggungjawab, tepat, sahih dan beretika kepada masyarakat", katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media mingguan di Putrajaya.