fb fb fb fb fb

RUU Keselamatan Dalam Talian, tutup 'kelompangan' undang-undang

Fahmi Fadzil

PUTRAJAYA, 25 Oktober- Kerajaan telah memberikan kelulusan prinsip untuk pindaan Kanun Keseksaan dan Kanun Prosedur Jenayah berhubung buli siber di media sosial dan Rang undang-undang (RUU) berkaitan dijangka akan dibentangkan dalam sidang parlimen kali ini.

Menteri Komunikasi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil berkata, pindaan itu adalah langkah penting yang membolehkan tindakan tegas dikenakan terhadap pembuli siber.

"Selain daripada itu, satu undang-undang dinamakan Rang Undang Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian ataupun 'Online Safety Act' akan dibawa ke parlimen juga untuk memastikan dari segi keseluruhan internet kita selamat terutama untuk kanak-kanak dan keluarga.

"Saya tegaskan secara keseluruhan langkah ambil tutup kelompangan ataupun disebut 'lacuna in the law' untuk kita mengambil tindakan lebih tegas terhadap mereka," katanya dalam sidang media pasca-Mesyuarat Jemaah Menteri di sini.

Lacuna in the law merujuk kepada ketiadaan undang-undang khusus atau jelas terpakai bagi situasi tertentu kerana tiada takrifan tepat bagi jenayah buli termasuk buli siber di dalam negara.

Fahmi turut memaklumkan RUU berkenaan akan dibawa ke sidang Parlimen kali ini dan dijangka dibentangkan untuk bacaan kali kedua pada awal Disember.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI