fb fb fb fb fb

Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands terjejas ekoran cerun runtuh

Cerun runtuh di kilometer 43.4 jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands

PERAK,25 Oktober- Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di kilometer (km) 43.4 berhampiran sempadan negeri Pahang ditutup kepada semua jenis kenderaan berikutan cerun runtuh di laluan tersebut.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, penutupan penuh jalan raya bagi kedua-dua arah itu bermula pukul 5 petang tadi.

Jelasnya, ia bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembersihan yang dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak.

"Penutupan penuh berkenaan terpaksa dilaksanakan ekoran masih terdapat pergerakan tanah berlaku di lokasi yang terjejas dan laluan tersebut amat berisiko untuk dilalui oleh semua jenis kenderaan.

"Polis Daerah Ipoh telah menjalankan kawalan lalu lintas di sepanjang laluan yang terjejas bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku," katanya dalam satu kenyataan.

Justeru beliau menasihati masyarakat khususnya warga Ipoh menggunakan laluan alternatif iaitu jalan Tapah-Cameron Highlands bagi mengelak terperangkap dalam kesesakan lalu lintas semasa penutupan jalan berkenaan.

Trainee