fb fb fb fb fb

RUU Good Samaritan, KKM beri jaminan masih dalam perhatian

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 19 April- Kementerian Kesihatan (KKM) sekali lagi memberi jaminan, Rang Undang-Undang (RUU) ‘Good Samaritan’ masih dalam perhatian.

Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, ia mungkin akan hanya dibawa ke Parlimen pada tahun hadapan.

“Akta Good Samaritan itu dalam ‘last post-Cabinet’, ia sekali lagi dibentangkan ataupun bertanya khabar tentang perkembangannya. Saya diberi faham oleh penasihat undang-undang KKM bahawa mereka telah pun mula bincang dan meletakkan satu, sebab tahun ini kita banyak RUU.

"Mungkin tahun hadapan kita dapat mengangkat perkara ini kepada Kabinet dan seterusnya kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk merangka dan membangunkan Akta Good Samaritan itu. Tapi, ia bukan satu yang juga segera,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Majlis Penutup Malaysian Sports Medicine Symposium 2025 di Universiti Malaya, di sini hari ini.

Jelasnya, meskipun perkara tersebut bukan desakan kepada kementerian, namun selaras dasar perluasan penggunaan Automated External Defibrillator (AED) di seluruh negara, menjadi keutamaan untuk melindungi orang awam yang bertindak sebagai petugas respons awal dalam memberikan bantuan kecemasan seperti pernafasan resutasi kardiopulmonari (CPR).

KKM akan menempatkan 210 unit AED di lokasi-lokasi terpilih seluruh negara dalam usaha mempercepatkan tindak balas awal dalam kes serangan jantung.

ROSLINA BINTI DIN