fb fb fb fb fb

RUU Anti Lompat Parti 2022 akan dipinda sekiranya terdapat kelompongan- Wan Junaidi

Foto Fail: Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar/ BERNAMA

KUALA TERENGGANU, 18 November- Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar memaklumkan cadangan pindaan Rang Undang-Undang, RUU Anti Lompat Parti 2022 hanya dibuat sekiranya terdapat kelompangan.

Bagaimanapun beliau menyatakan sekiranya perlu dibuat pindaan, parti politik disaran meminda perlembagaan masing-masing.

Antaranya meminda syarat dalam perlembagaan iaitu mana-mana ahli parti yang ingkar arahan atau prinsip secara automatik hilang keahlian.

"Yang lebih mudah cadangan kedua ialah supaya parti itu sendiri memindakan perlembagaannya untuk meletakkan perkara yang dikatakan boleh menggugurkan keahlian dia secara automatik...Kalau itu dimasukkan dalam partinya barang siapa yang menghalang dia akan jatuh secara automatik keahliannya, jadi dengan sendirinya keahliannya di Parlimen juga akan terjatuh secara automatik," katanya.

Terdahulu Wan Junaidi diminta mengulas mengenai gesaan Presiden BERSATU supaya RUU Anti Lompat Parti dikaji semula kerana terdapat kelemahan.

RUU Anti Lompat Parti diluluskan Julai tahun lalu, digubal selepas melalui kajian dan libat urus komprehensif mengikut keperluan semasa negara.

ZEHRA BINTI ZAMBRI