fb fb fb fb fb

Rumah terbuka suburkan elemen perpaduan rakyat

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri Satok di Kuching

KUCHING, 11 April- Rumah terbuka Aildilfti terus menjadi platform untuk menyemai perpaduan masyarakat.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Satok, Datuk Ibrahim Baki, rumah terbuka yang julung kali diadakan di bangunan ikonik Satok, Hikmah Exchange ini mudah dilawati.

Pelbagai lapisan masyarakat hadir memeriahkan majlis tersebut termasuk rombongan dari Persatuan Kebangsaan Orang Ulu Sarawak (OUNA) yang diketuai oleh Presiden OUNA, Datuk Abu Bakar Abdullah.

"Sudah tentunya bila di tengah perkampungan, bandar, rakyat pun senang datang, berjalan kaki pun mudah sampai dan bila di bandar ruang parkirnya besar, mudah meletak kereta dan juga sahabat senang mencari alamatnya kerana Hikmah Exchange ini satu bangunan ikonik di bandar Kuching.

Beliau berkata demikian ketika ditemui RTM di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri Satok, Kuching.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg antara tetamu kenamaan yang dijadual hadir.

Sementara itu, pembinaan jambatan ikonik Satok di Sungai Bintangor yang siap lebih 50 peratus dijangka siap penghujung tahun 2025.

Datuk Ibrahim Baki, berkata telah mengadakan mesyuarat dengan pihak terbabit minggu lepas tentang status kemajuan projek tersebut yang terkesan oleh COVID-19.

Katanya, awal tahun depan sebahagian daripada jalan jambatan tersebut sudah boleh digunakan untuk laluan kenderaan.

"Hujung tahun hadapan insya-Allah sebelum raya jalan dibuka, mungkin ada pembaikan untuk mengemaskinikan jambatan. Kerana COVID-19, dua tahun pembinaan terjejas.

 

ROSLINA BINTI DIN