fb fb fb fb fb

Rumah terbuka erat perpaduan kaum

KRUBONG, 23 April- Semangat perpaduan di bawah payung Malaysia Madani antara elemen utama yang diterapkan dalam penganjuran rumah terbuka sempena Aidilfitri ini.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Melaka, Datuk Rais Yasin berkata, ia dapat dilihat dengan kehadiran pelbagai kaum ke setiap rumah terbuka yang sedang dan akan dianjurkan oleh pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri.

Justeru beliau berharap menerusi penganjuran rumah terbuka ini hubungan antara kaum di negara ini dapat terus dieratkan bagi mengekalkan keharmonian dan keamanan negeri dan negara.

"Ini adalah memang untuk perpaduan kaum kerana bagi saya dengan semangat Malaysia Madani yang telah diterapkan oleh kerajaan pusat dan ditunjukkan pula oleh Ketua Menteri Melaka yang baharu iaitu Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

"Jadi saya menjangkakan setiap rumah terbuka baik exco ataupun AHli Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan dapat lebih meriah lagi dengan suasana yang harmoni, insya Allah," katanya demikian kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri beliau di sini.

Turut hadir Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam; Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh serta barisan exco dan timbalan exco kerajaan negeri.

Dianggarkan lebih 10,000 masyarakat sekitar akan hadir ke majlis berkenaan yang tamat pada jam 4.00 petang nanti.

(Rais Yasin)

Media Baharu