fb fb fb fb fb

Jelajah Rumah Terbuka Malaysia MADANI bermula 29 April hingga 14 Mei - Fahmi

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 23 April - Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan di enam negeri dijadual berlangsung antara 29 April hingga 14 Mei depan.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menerusi kenyataan media di Facebooknya memaklumkan Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia MADANI tersebut terbuka kepada orang ramai.

Ia bagi memberi peluang untuk mengeratkan silaturahim.


(Foto hiasan)

Enam lokasi tersebut ialah Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Ia akan bermula di Kedah pada 29 April di Hotel Raia, Alor Setar, dan berakhir di Selangor di Kawasan Komersial Fasa 3, Batu Caves pada 14 Mei.

Media Baharu