fb fb fb fb fb

PM ziarah Rohana Jalil di Hospital Canselor Tuanku Muhriz

(FOTO FB ANWAR IBRAHIM)

KUALA LUMPUR, 23 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menziarahi penyanyi era 80-an, Rohana Jalil yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), pada Jumaat lepas.

Menerusi catatan di Facebooknya, Anwar memaklumkan Rohana mengalami kebocoran usus dan tahap kesihatannya masih dipantau pasukan perubatan.

Sementara itu Perdana Menteri turut mengambil peluang menziarahi Adzis Ismail, rakan beliau sewaktu menuntut di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) yang sedang menjalani dialisis akibat masalah kesihatan yang dialami di hospital yang sama.


(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menziarahi penyanyi era 80-an, Rohana Jalil yang
sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Canselor Tuanku Muhriz/ Foto FB Anwar
Ibrahim)

"Saya mendoakan kedua-dua mereka dikurniakan aafiyah (kesihatan), Insya-Allah," kata Anwar.

Sebelum ini, Rohana atau nama sebenarnya Dara Abd Jalil, 68, dimasukkan ke hospital itu pada hari Selasa sebelum selamat menjalani pembedahan pada keesokannya bagi merawat kebocoran pada usus.

Ibu kepada pelakon Kilafairy itu difahamkan sudah dipindahkan ke unit dependensi tinggi (HDU) hari ini dengan pemantauan rapi doktor.

Media Baharu