fb fb fb fb fb

Dugaan raya kedua, lapan rumah rosak akibat ribut di Perlis

KANGAR, 23 April- Sekurang-kurangnya lapan buah rumah rosak akibat ribut yang melanda Perlis pada pukul 3.30 petang tadi.

Hujan lebat dan angin kencang menyebabkan bumbung rumah diterbangkan serta struktur binaan runtuh.

Kawasan paling teruk terjejas ialah Kampung Teluk Jambu, Seriab dan Batu Hampar di Kangar.

Selain, Kampung Paya di Beseri, Kampung Gial di Mata Ayer, Kampung Padang Siding dan Kurong Anai di Arau.

(Bumbung sebuah rumah yang diterbangkan angin dalam kejadian ribut petang tadi)

Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor memaklumkan, pihaknya sedang menyelaras dan mendapatkan anggaran sebenar kerosakan setiap rumah terlibat.

"Bagi yang mengalami kerosakan kecil, bantuan membaiki kediaman akan diselaras oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, manakala bagi kerosakan besar akan diselaras oleh MAIPs," katanya.

Tambah beliau, MAIPs menyeru mangsa yang belum membuat laporan polis supaya berbuat demikian.

Penduduk juga boleh memaklumkan kepada wakil MAIPs di setiap kariah masjid bagi tindakan segera.

Media Baharu