fb fb fb fb fb

Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Bera Sabtu ini - Ismail Sabri

(Gambar hiasan)

KUALA LUMPUR, 5 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjemput orang ramai untuk menghadiri Rumah Rerbuka Aidilfitri Parlimen Bera, Sabtu ini.

Menerusi catatan di laman Facebook hari ini, Ismail Sabri memaklumkan rumah terbuka itu akan diadakan di Laman Kerayong, Bera dari pukul 9 pagi hingga 2 petang.

"Sabtu ini, 7 Mei 2022 jom hadir beramai-ramai ke Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Bera.

"Bawa sekali anak-anak, keluarga dan rakan taulan.

"Kita beraya bersama-sama sebagai sebuah Keluarga Malaysia," tulisnya.

(Poster jemputan Rumah Rerbuka Aidilfitri Parlimen Bera yang turut
dikemaskini di Facebook rasmi Ismail Sabri Yaakob)

Media Baharu