ARAU, 28 April- Rumah Terbuka Aidilfitri yang dianjurkan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim mendapat sambutan menggalakkan.
Pelbagai kaum hadir dan lebih 20,000 pengunjung memeriahkan sambutan tersebut.
Shahidan berkata rumah terbuka yang dianjurkan terbuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik.
"Rumah terbuka itu dilaksanakan dengan semangat penuh harmoni.
"Menerusi majlis sebegini, rasa hormat menghormati antara satu sama lain dan amalan kunjung-mengunjungi yang menjadi tradisi dalam setiap perayaan dapat diperkukuhkan," katanya kepada pemberita di sini.
(Foto Datuk Seri Shahidan Kassim)