fb fb fb fb fb

PM ucap takziah atas pemergian Mael XPDC

KUALA LUMPUR, 28 April- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga penyanyi kumpulan XPDC, Syed Ismail Syed Ibrahim atau Mael, yang meninggal dunia semalam.

Menerusi catatan di Twitter pada Khamis, beliau berkata sebagai antara nama besar dalam industri seni, khabar duka itu pastikan meninggalkan dampak mendalam terhadap industri muzik rock tempatan.

"Saya utus takziah kepada keluarga Allahyarham saudara Syed Ismail yang menyahut panggilan Ilahi.

"Saya turut berduka dan mendoakan roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh," katanya di sini.

Berita berkaitan
Mael XPDC meninggal dunia


Media Baharu