(Foto BERNAMA)
KUALA LUMPUR, 28 April- Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan menghadiri majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani yang akan berlangsung di Kedah, esok.
Menurut Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil keberangkatan baginda akan menambahkan lagi seri rumah terbuka itu.
"Kerajaan Persekutuan menjunjung kasih atas limpah perkenan Sultan Kedah berangkat hadir ke majlis tersebut.
"Kehadiran baginda pastinya memberikan peluang kepada rakyat negeri itu untuk meraikan Aidilfitri bersama-sama baginda," katanya menerusi kenyataan.
Rumah terbuka anjuran kerajaan Persekutuan ini akan diadakan dari pukul 10.00 pagi hingga 2.00 petang di Hotel Raia, Alor Setar, Kedah.
Acara berkenaan akan turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Penganjuran rumah terbuka itu akan diteruskan di lima lagi lokasi membabitkan Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu dan berakhir di Selangor.
(Foto BERNAMA)