fb fb fb fb fb

Erdogan alami radang perut, kesihatan makin baik

(Foto Anwar Ibrahim)

KUALA LUMPUR, 28 April- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghubungi Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan semalam untuk bertanya khabar mengenai perkembangan kesihatannya yang dipercayai mengalami radang perut.

Melalui perkongsian di Facebook, Anwar berkata kesihatan Presiden Turkiye itu bertambah baik ketika ini.

Anwar turut mendoakan kesihatan Presiden Turkiye itu agar terus diberi kekuatan dan kecergasan.

"Erdogan mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan beliau," katanya.

Terdahulu, Erdogan dipercayai tidak sihat semasa wawancara langsung di Ankara kerana mengalami radang perut yang juga dikenali sebagai gastroenteritis.

(Foto Anwar Ibrahim)

Media Baharu