fb fb fb fb fb

Tiga lelaki ditahan berhubung kes tembak

(Foto Hiasan)

KOTA BHARU, 28 April- Tiga lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes seorang lelaki cedera di bahagian kaki sebelah kanan akibat kesan tembakan di tali air Kampung Tepus, Gunong, Bachok, semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kesemua lelaki terbabit ditahan pada pukul 1.20 hingga 2.00 petang, semalam.

"Siasatan awal mendapati dua lelaki yang ditangkap datang ke kawasan tali air terbabit untuk bermain judi manakala seorang lagi suspek hadir ke kawasan berkenaan bersama-sama tiga rakan sejenayah yang masih bebas untuk melakukan samun hasil perniagaan dan perjudian mangsa.

"Hasil semakan, mangsa dan semua tangkapan yang berusia lingkungan 23 hingga 28 tahun mempunyai rekod lampau berkaitan kes narkotik dan jenayah.

"Ujian saringan air kencing mendapati salah seorang tangkapan positif Methamphetamine.

"Siasatan pihak polis mendapati kesemua tangkapan dan mangsa mengenali antara satu sama lain.

"Kesemua tangkapan akan direman hari ini.

"Kes diklasifikasi di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat).

"Polis sedang giat mengesan tiga lagi suspek yang masih bebas.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan," katanya menerusi kenyataan.


(Foto Hiasan)

Media Baharu