fb fb fb fb fb

Rumah Terbuka Aidilfitri di Rembau, kekal tradisi rewang

Datuk Seri Mohamad Hasan

REMBAU, 20 April- Rumah Terbuka Aidilfitri di Rembau masih mengekalkan tradisi merewang atau gotong-royong kata Ahli Parlimen Rembau Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau yang juga Menteri Luar Negeri menyifatkan ia satu keunikan yang dikekalkan dalam Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran pihaknya di daerah itu.

"Ini merupakan salah satu tradisi kita tradisi gotong royong merewang dan pd masa sama klu dpt eratoan persahabatan dan persaudaraan su ucap terima kasih semua yg membantu menjayakan majlis kali ini," katanya kepada pemberita di sini.

Kerjasama yang diterima daripada penduduk kampung itu diterima sejak Selasa lepas dalam persediaam menjayakan majlis.

Antara juadah unik yang dihasilkan ialah Lompap atau Gulai Tulang menjadi antara juadah tarikan rumah terbuka itu.

Hampir 40,000 pengunjung yang hadir memeriahkan majlis tersebut.

Menerusi majlis seumpama itu ia dapat mengeratkan silaturahim selain mewujudkan sikap toleransi dalam kalangan masyarakat.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun dan isteri Datin Seri Wan Hasni Wan Yusuf turut hadir ke majlis itu.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI