fb fb fb fb fb

Rumah musnah 100 peratus dalam kebakaran di Kuching

(Lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Siburan bergegas ke lokasi/ PGO Bomba Sarawak)

KUCHING, 11 Julai- Seorang wanita melecur pada bahagian tangan dalam kejadian kebakaran rumah di Kampung Mambong, Padawan di sini, pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak memaklumkan mangsa, Rabia anak Lawai, 43 tahun melecur ketika cuba masuk ke dalam rumah untuk mengambil barang.

Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 6.15 pagi dan menggerakkan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Siburan ke lokasi.

Mangsa telah dihantar ke Hospital Rajah Charles Brooke Memorial untuk mendapatkan rawatan.

Dua lagi penghuni rumah, Lezson anak Sidem, 42 dan Luscyienda Lezzra anak Lezson, 14 tahun ditemukan selamat.

Rumah separuh kekal yang didiami tiga penghuni itu telah musnah 100 peratus.


(Rumah mangsa musnah 100 peratus akibat kebakaran itu)

Media Baharu