fb fb fb fb fb

Rumah separuh kekal dua tingkat musnah terbakar di Kampung Telupid

Pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman, sumber air diperoleh daripada tangki jentera FRT

TELUPID, 22 Disember - Sebuah rumah dua tingkat separuh kekal musnah dalam kejadian kebakaran di Kampung Telupid, malam tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 8.07 malam.

Susulan itu, enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Beluran bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 100 kilometer dari balai.

Pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran sepanjang 200 kaki dengan semburan sumber air diperoleh daripada tangki jentera FRT.

Operasi pemadaman berjaya dikawal dan ditamatkan sepenuhnya pada pukul 12.24 tengah malam.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut.

MARDHIYAH MOHAMMED ZIN