fb fb fb fb fb

Rumah musnah, dua ditemukan rentung di Kota Belud

FOTO JBPM SABAH

KOTA BELUD, 24 Julai – Dua individu ditemukan rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Sangkir, di sini, awal pagi tadi.

Mangsa, masing-masing lelaki dan wanita berusia 47 tahun, ditemukan dalam bilik mandi.

Kebakaran turut memusnahkan sebuah rumah serta sebuah kenderaan.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.52 pagi sebelum mengerahkan sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kota Belud bersama tiga jentera ke lokasi kejadian.

Mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 3.22 pagi sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 4.55 pagi.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE